Karnival Buku Ilmiah 2.0 berlangsung secara atas talian bermula 12 Oktober 2020 sehingga 12 November 2020.
10
PERSONALITI DAN KEROHANIAN USAHAWAN BERJAYA
RM28.80 RM32.00
PERSONALITI DAN KEROHANIAN USAHAWAN BERJAYA
End In :
Price RM28.80 RM32.00
Product SKU ISBN978-967-2229-98-8
Availability In Stock
Quantity
Description

Bidang keusahawanan semakin mendapat perhatian bukan sahaja dalam konteks membangunkan ekonomi ummah namun penting dalam membina sikap dan jati diri positif seseorang. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan dalam apa jua bentuk keusahawanan atau perniagaan yang diceburi, namun tiada yang dapat menafikan kepentingan faktor sikap atau diri usahawan itu sendiri. Perspektif Barat melihat aspek psikologi mengenai personaliti yang mempengaruhi keupayaan seseorang manakala Islam pula dari sudut yang lebih luas melibatkan juga aspek kerohanian. Kajian membuktikan aspek kerohanian penting mendokong aspek personaliti dalam aktiviti keusahawanan. Lantaran itu kedua-dua aspek ini penting mewujudkan keseimbangan dan kejayaan kepada usahawan dalam kerangka Islam yang syumul sebagaimana model yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. Kejayaan usahawan bergantung kepada kedua-dua aspek ini dan perlu dikongsi kepada pembaca khususnya mereka yang berminat dan terlibat dalam aktiviti keusahawanan. Kajian mendalam terhadap beberapa usahawan berjaya dan diterjemahkan dalam bentuk penulisan buku ini sedikit sebanyak memberi gambaran lebih dekat mengenai kaitan dan kepentingan ciri-ciri personaliti serta kerohanian ini terhadap pencapaian usahawan.