RM53.00
NILAI-NILAI MURNI NARATIF LISAN (SATU PENELITIAN PENGKAEDAHAN MELAYU
Price RM53.00
Product SKU ISBN 978-967-2912-68-2
Availability 44
Quantity
Description

Buku Nilai-Nilai Murni dalam Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan: Satu Penelitian Pengkaedahan Melayu memberi fokus terhadap pendokumentasian dan pemartabatan naratif lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. Selain itu, penulis menonjolkan nilai-nilai murni yang terkandung dalam naratif lisan dan setiap konsep nilai-nilai murni ini disokong oleh para sarjana di dalam Malaysia dan luar negara. Selain itu juga, buku ini sangat istimewa kerana penulis menjadikan Teori Pengkaedahan Melayu yang digagaskan oleh Hashim Awang pada tahun 1989 sebagai deduktif kajian. Namun begitu, beberapa cerita lisan daripada teks Himpunan 366 Cerita Rakyat di Malaysia yang diselenggarakan oleh Aripin Said dan Othman Puteh pada tahun 2015 turut digambarkan dalam buku ini untuk memperlihatkan betapa hebat dan kayanya cerita lisan di Malaysia. Justeru, penulis berharap buku ini dapat dijadikan bahan rujukan kepada pengkaji-pengkaji lain dalam bidang Kesusasteraan Melayu Tradisional.