RM52.00
KERANGKA NILAI BUDAYA DALAM CERITA LISAN ORANG ASLI TEMIAR, GUA MUSANG, KELANTAN
Price RM52.00
Product SKU 978-967-00-2111-9
Size (L x W x H) 22 cm x 14 cm x 1 cm
Availability 268
Quantity
Description

Buku Kerangka Nilai Budaya dalam Cerita Lisan Orang Asli Temiar, Gua Musang, Kelantan ini merupakan pengkajian dan analisis terhadap beberapa cerita-cerita lisan orang asli yang disampaikan oleh Ibrahim Marajiah, merupakan seorang tukang cerita yang berpengalaman. Keseluruhan cerita-cerita lisan ini memberi fokus kepada penemuan nilai-nilai budi yang akrab dengan orang asli Temiar, Gua Musang, Kelantan sejak zaman dahulu kala dan dipupuk sehingga ke hari ini. Di samping itu, pendekatan kerangka budaya dijadikan sebagai deduktif pengkajian terhadap setiap analisa nilai-nilai budi cerita-cerita lisan orang asli agar penghasilan dan perbincangannya lebih mantap. Rentetan daripada kerjasama hebat ini maka buku ini dapat memuatkan beberapa cerita-cerita lisan orang asli Temiar, Gua Musang, Kelantan seperti Buah Mangkung dengan Seekor Anjing, Burung Kuang dengan Harimau, Bertindak Tanpa Akal, Sepakat Menyelamatkan Diri, Sang Kura-kura yang Bijaksana, Cucu yang Bijaksana, Pengail yang Pintar, Tangkal Hikmah dan Manusia Jelmaan Anjing. Sehubungan dengan itu, para pembaca akan lebih memahami secara mendalam terhadap perincian nilai-nilai budi yang terkandung di dalam cerita-cerita lisan orang asli Temiar, Gua Musang, Kelantan ini untuk dijadikan sebagai landasan pemupukan jati diri yang hebat dalam jiwa dan raga.