RM28.00
BAHASA MANDARIN II (EDISI KEDUA)
Price RM28.00
Product SKU ISBN 978-967-2912-02-6
Size (L x W x H) 21 cm x 1 cm x 29.5 cm
Availability 211
Quantity
Description

Buku teks Bahasa Mandarin II (Edisi kedua) ini merupakan buku bahasa Mandarin tahap kedua, lanjutan kepada buku teks Bahasa Mandarin I (Edisi kedua)Bahasa Mandarin II (Edisi kedua) yang dihasilkan berdasarkan keperluan dan kehendak pelajar yang ingin mempelajari bahasa Mandarin sebagai bahasa asing. Dalam buku teks ini, pelajar akan dibekalkan dengan lebih kurang 239 perbendaharaan kata asas dan 153 perbendaharan kata tambahan dalam bahasa Mandarin. Perbendaharaan kata yang dirangkumi dalam buku teks ini adalah diselaraskan dengan perbendaharaan kata dalam ujian Hànyǔ Shuǐpíng Kǎoshì (HSK) supaya pelajar juga boleh mengambil ujian HSK dan mendapatkan sijil HSK dari negara China dengan berpandukan buku teks tempatan ini.

Buku teks ini terdiri daripada lapan bab. Setiap bab mengandungi latihan intensif untuk pelajar berlatih membaca, mendengar, menulis dan berkomunikasi. Pada permulaan Bab 1 hingga Bab 3, pelajar akan mempelajari tentang cara-cara berkomunikasi dalam memesan makanan dan minuman, membeli-belah serta membuat bayaran. Manakala dalam Bab 4 hingga Bab 8, pelajar akan mempelajari tentang universiti, janji temu, sakit, kata ucapan dan bercuti. Kandungan kursus yang mudah dan sesuai dengan situasi tempatan akan dapat memberi pengukuhan bahasa kepada pelajar dalam menguasai empat kemahiran bahasa di tahap kedua dan seterusnya dapat mengaplikasikannya dalam situasi interaksi harian yang sebenar.