RM34.00
HIBAH DALAM TAKAFUL : KONSEP & ISU PELAKSANAAN
Price RM34.00
Product SKU ISBN978-967-2912-01-9
Size (L x W x H) 15.3 cm x 2 cm x 22.8 cm
Availability 372
Quantity
Description

Hibah adalah konsep syarak dengan peranan dan potensi tersendiri dalam menyumbang kepada pembangunan sistem kewangan Islam moden. Dalam industri takaful, kelebihan hibah yang menjadi sebahagian dari akad tabarru’ seringkali dilihat sebagai asas pertimbangan terbaik bagi membolehkan inovasi-inovasi baharu dibangun dan dilaksanakan tanpa melibatkan krisis pematuhan syarak.

Buku Hibah dalam Takaful: Konsep dan Isu Pelaksanaan ini adalah satu usaha untuk mengupas persoalan dan memberi jawapan kepada isu-isu pelaksanaan hibah dalam takaful khususnya berkaitan masalah pengagihan manfaat takaful hayat, perkongsian lebihan takaful, dan struktur pembayaran komisen kepada ejen takaful. Perbahasan mengenai asas-asas hibah dan prinsip-prinsip utama takaful disusun dan dikupas secara terperinci menurut perspektif fiqh yang kemudiannya disulam bersama bagi menjelaskan isu-isu syariah yang perlu diambil berat dalam pengaplikasian konsep hibah dalam takaful supaya amalan yang dilakukan kekal patuh syarak.