RM48.00
SELOKA RIMBA
Price RM48.00
Product SKU ISBN-978-967-2229-54-4
Availability 232
Quantity
Description

Seloka merupakan cabang puisi tradisional yang mengungkapkan pelbagai perihal yang berlaku di dalam masyarakat dengan meneropong dari sisi sindiran namun fungsinya untuk menarik khalayak menanggapi kebenaran. Dengan mengambil rimba menjadi imej yang difokuskan, karya berkisar tentang pelbagai isu yang menghimpit masyarakat dan bangsa. Setiapnya mempunyai asas, manakala kesannya dibayangkan, dan impilkasinya mengundang keresahan. Penyajak tidak dapat menyembunyikan semua kerisauan yang terbuku di dasar diri apabila memikirkan ‘rimba’ diurus secara sedemikian rupa; penyelewengan, penipuan, kegelojohan, kerapuhan jati diri, kekuncupan nilai yang sangat memualkan, seolah- olah peradaban yang terbina dan terbangun sekian lama ini tiada lagi bermakna apa-apa. Simbolisme ‘rimba’ yang dinodai dengan segala janji, kata, muslihat dan kerakusan nafsu manusia, hanya akan menjebakkan bangsa dan negara ke jurang dalam lagi mengerikan. Karya mungkin dilapisi banyak imej dan kiasan. Akan tetapi, umumnya ia masih mesra pembaca, sekalipun anda yang bukan dari disiplin kessusasteraan. Karya sastera adalah milik setiap orang. ‘Seloka Rimba’ akan membawa anda menghayati suatu sudut penuh kebimbangan, untuk nanti setiap kita melihat tantangan dengan penuh kewaspadaan.