Description
Buku ini menghimpunkan 12 artikel daripada penulis-penulis yang mempunyai pelbagai latar belakang dan kepakaran. Ia membincangkan pelbagai isu dan cadangan penyelesaian dalam konteks keusahawan kecil Melayu. Selain itu, buku ini juga menyentuh pelbagai isu yang membelenggu usahawan Melayu dari pelbagai sudut antara lain seperti kelemahan pemasaran, pasaran yang terbatas diperingkat tempatan dan kelemahan dalam menghayati agama Islam dalam menjalankan aktiviti perniagaan.